Faez semalaman agak sibuk melayan pelanggan. Hari ini pula, Faez hendak ke Seremban. Berjalan? Bukan... hendak membeli minyak masak... dah tiada lagi di Bahau dan Serting ini... kalau ada pun minyak jagung... kenapalah jadi begini, kalaulah nak difikir logik akal, kiri kanan di kawasan Faez, sawit dan getah bukan main banyak. Apakah sebab sebegini jadinya... Tapi hendak buat macamana, mungkin ada pembekal sorokkan barang kot? Tapi kerajaan kita punyai badan yang cekap untuk menangani masalah ini, cuma yang kurangnya apa ya? Kepercayaan rakyat kepada badan-badan ini... Isu-isu sebegini akan dimainkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab terhadap kelemahan yang dicipta oleh kerajaan kita sendiri...
Penat rasanya bila perkara sebegini berulang kembali... ulang dan ulang dan ulang sehingga langkah terbaik ialah mengambil tindakan menaikkan harga minyak... adusss... naik lagi... Macamana pula dengan perancangan kenduri dalam masa yang terdekat ni? minyak tiada, takkan nak jamu tetamu dengan ubi rebus kot? kasihan pada mereka yang tertindas dengan masalah kerajaan kita ini. Bagaimana caranya untuk mengatasi kemelut ini? Pening betul bagi orang yang terlibat. Sejak kerajaan banyak buka ruangan 'complaint' orang, Faez rasa lagi teruk la kakitangan kerajaan kena ketuk dan kutuk. Mesti banyak pihak tertekan sekarang ini...
Faez rasa tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak, cuma di sini kesedaran perlu ada atas kenaikan harga barang dan dalam masa yang sama kenaikan taraf hidup di Malaysia. Sedar tidak sedar, dunia semakin berubah. Setiap saat dan detik akan ada persaingan yang kita hadapi dan jika kita silap dalam percaturan langkah, padah jawabnya.
Ada baiknya kita menyimpan, dan cuba untuk cari sumber kewangan lain untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Jika ada kawasan lapang di halaman rumah, tanamlah sayur-sayuran, bela ternakan yang mudah seperti ayam tapi jangan sampai mengganggu orang pula... Itu sahaja cara terbaik untuk kita lakukan buat masa ini. Cuma alangkah bagusnya, kalau setiap rakyat di Malaysia boleh menghasilkan minyak masak sendiri...
Oklah, Faez kena keluar sebentar, ada panggilan dari pelanggan yang perlu Faez selesaikan terlebih dahulu, jumpa lagi!!

No comments:
Post a Comment