Saturday, January 1, 2011

Hari-Hari Menjemukan


New Year sinonim dengan kegembiraan menyambut tahun baru... Tapi buat Faez, tiada banyak kegembiraan yang boleh dikongsikan tetapi hanya kejemuan demi kejemuan... Bosan sungguh hidup ini yang dikosongkan kemudian diisi dengan inti jemu...

Faez perasan sangat-sangat perkara jemu ini bertandang apabila segala perancangan ini digagalkan kerap kali... Apa yang Faez perasan jika ramai yang dibawa merancang peratusan kegagalan akan meningkat dan biasanya akan mencapai target 100% dengan begitu cepat dan mudah.

Lebih-lebih lagi jika kita yang menjadi perancang kepada kegagalan... lain macam kecewanya... Tapi Faez memang terbiasa dengan keadaan ini cuma yang tidak Faez suka ialah selalu menjadi mangsa keadaan... Kenapa ye? tapi xpe, 'think positive' itulah jawapan yang terbaik... Untuk hari ini tiada suatu yang baru Faez bawa kepada semua, tetapi esok hari harapnya ada pembaharuan yang Faez akan perolehi... jadi Faez akan bersedia... so seperti mana perancangan ke KL semalam adalah perancangan gagal bila melibatkan ramai orang... dan kini Faez yakin esok akan jadi lebih baik dari hari ini... Haraplah huhuhu

Selepas sahaja hari ini, Faez nak mengumpul kekuatan untuk melakukan sesuatu yang baru pada hari-hari yang akan datang... memandangkan pada bulan Januari yang tamak ini... duit adalah permintaannya... jadi kena banyak persediaan... untuk cita-cita memiliki DSLR.. abaikan terlebih dahulu... kalaulah dapat beli yang berharga RM10 k tu kan best lepas ni... peh mesti bersemangat gila... buat masa sekarang ini kenalah ikut kehendak orang lain dahulu barulah dapat lepaskan kehendak diri... OK lah memandangkan semakin merapu di sini, Faez undur diri terlebih dahulu... nak rehatkan minda yang agak kusut ini...

Adiossss!!!!

No comments:

Post a Comment