Beberapa hari ini, Faez perhatikan seorang YB yang sangat daif dan cetek pemikirannya yang diulang-ulang kebodohannya. Al maklumlah, jika anda seorang YB belum tentu anda seorang yang bijak, betul tak? Tidak perlu mendengar cakap orang, ilmu anda lebih baik dari semua orang. Sebab itu anda jadi YB (yang Bodoh). Tapi kebodohan YB ini dan pengikutnya ini mencetuskan pelbagai konflik yang menyusahkan orang. Hari demi hari, busuknya nama MIC yang kononnya dipertanggungjawab kepadanya kini semakin meloyakan tekak dan mungkin akan menjadi bangkai di dalam BN Negeri Sembilan.
Untuk pengetahuan semua, menternak adalah satu industri yang memang luas dan memerlukan ketelitian serta pengalaman dalam melaksanakannya. Ternakan itu satu anugerah yang tidak terhingga dan persepktifnya tidak terjangkau kerana ianya keperluan yang akan ada permintaannya sampai bila-bila. Jadi jika anda ingin menjadi penternak, anda kena ada pengalaman, idea, dan paling penting sekali ialah ilmu!! Jika anda ingin memulakan bidang dalam industri ternakan, jangan lupa perkara itu semua. Bukankah setiap hari, anda perlu belajar sesuatu yang baru dalam industri ternakan? Ini kerana apabila ada masalah penyakit atau masalah berkenaan dengan ternakan, anda kena belajar tetapi jangan jadi kurang ajar!!!
Kebagusan YB Jeram Padang ini memang tidak dapat dinafikan lagi kerana gemar menyalak. Salakan ini pula menarik tumpuan ramai orang, pihak kerajaan, pembangkang, akhbar dan pelbagai lagi. Biasa la, bangsa dia ini memang jenis panik, masalah sikit, riuh sekampung. Kalau dapat ditarik dunia, riuh sedunia. Perilakunya mementingkan karier politiknya berbanding dengan rakyatnya. 'Politik didahulukan Keselamatan diutamakan'. Buat Faez, orang sebegini biar kita jangan berikan sokongan. Kalau BN letakkan calon ini, nescaya kemenangan tipis.
Sebentar tadi cerita berkenaan YB. Kali ini pula Faez bercerita kebodohan pengikutnya. Mukadimahnya, Bodoh! Bodoh! Bodoh! Seorang YB bodoh, pengikutnya yang seorang ini 3 kali ke 4 kali ganda kebingaian tidak terhingga. Ini kisah berkenaan dengan FMD (Foot Mouth Disease). Lembu atau kambing, jika terkena penyakit ini boleh membawa kepada maut. Kenapa? Ingin tahu kenapa? Jadi kenalah belajar. Ini kerana lembu dan kambing itu apabila mulutnya sudah tumbuh ulser, maka secara automatiknya ianya tidak dapat makan. Apabila tidak makan, tentu sekali mati kebuluran. Tapi kenyataan itulah yang masih tepu dan susah untuk diterima oleh pengikut ini di mana kenyataan ini serumit ilmu kalkulus. Masih ramai rakyat di Malaysia ini tertindas kerana ceteknya ilmu. Biarlah tidak pandai di sekolah, dan Universiti, kolej dan sebagainya. Tapi jangan tidak pandai dan berjaya menjalani kehidupan.
Apabila anda melawat ke tempat ternakan yang mempunyai penyakit ini. Anda kena ingat. Ingin tahu kenapa? Jadi kenalah belajar. Agen yang bertanggungjawab merebakkan penyakit ini ialah angin, manusia dan binatang itu sendiri. Caranya mudah sahaja untuk mengelakkan penyakit ini, berjangkit kepada ternakan lain. Pertama, asingkan ternakan yang berpenyakit. Kedua, sesudah melawat, atau bersentuh dengan ternakan jangan sesekali pergi melawat ke ternakan lain. Mandi dan bersihkan diri terdahulu diri baru boleh ke mana-mana tempat ternakan. Pihak veterinar akan membuat penvaksinan 5 KM radius, dari luar ke dalam tempat wabak. Susah sangat ilmu ini untuk diterima agaknya? Sesusah ilmu kalkulus bukan?
Perkara ini boleh diselesaikan secara mudah dan senang, cuma yang menjadi masalahnya. Jika anda inginkan populariti panggillah 'Press'. Dapatlah publisiti murahan, selepas dari ini anda akan jadi hero, boleh jadi orang berpengaruh, boleh terima darjah kebesaran, dan kalau tidak dapat pun boleh jadi ketua kampung pun jadilah.
Sebab itu Faez rasa pilihlah pemimpin yang mementingkan rakyat berbandingkan karier politiknya. Biarpun jatuh bangun dia cuba memperjuangkan rakyat. Tapi sampai bila-bila pun dia adalah pejuang sejati yang akan terus tetap di hati rakyat bukan di hati 'Press'.

No comments:
Post a Comment