Beberapa hari Faez agak sibuk dengan kerja Faez. Memandangkan sekarang ini projek berat-berat, tumpuan Faez kepada internet agak kurang. Faez rasa macam hendak sambung belajar ke sekarang ini. Sekarang ini, minat Faez tertumpu kepada sistem 'programming'. Rasanya kalau ada kelebihan di sini, Faez ingin memperluaskan lagi ilmu dalam perkomputeran. Faez harap dengan ilmu yang terbaru ini, akan mendatangkan lagi banyak 'income' yang Faez akan dapat. Bukan income duit malah kemahiran. InsyaAllah berjaya harapnya.
Semalam beberapa pelanggan Faez meminta sebut harga dari Faez. Tapi sayangnya, semuanya berada di lokasi yang agak jauh. Johor Bahru, Perak dan Perlis. Cuma apa yang Faez tekankan di sini, kepada pelanggan semua, kita boleh berkomunikasi secara online dan dalam masa yang sama kena dan perlu ada kepercayaan antara pelanggan dan juga Faez. Tapi jikalau tidak keberatan, boleh hubungi Faez dan kita setkan temu janji di secara online dan kita dapatkan kata sepakat berkenaan dengan web yang diingini.
Apa-apapun itu sahaja nukilan yang Faez hendak coretkan... masih 'blur' dan kesuntukan idea

No comments:
Post a Comment