Thursday, December 30, 2010

Perjalanan Ke Kuala Lumpur

Hari ini Faez bergerak ke Kuala Lumpur. Sebelum tu pergi ke Senawang terlebih dahulu. Bawa Mak Mertua, isteri dan adik ke sana… nak berjalan la namanye… harap2 perjalanan kami selamat dan banyak kenangan manis yang dibawa bersama…

Nak keluar dari KL biar awal sedikit sebab risau malam ni sambutan tahun baru nanti banyak jalan yang tutup. Pape pun Faez nak gerak dulu… bersambung malam nanti sesudah tiba ke rumah… KL oh… KL

Semalam Yang Bz

Semalam Faez agak sibuk dengan menjawab pertanyaan, soalan, dan pelbagai lagi oleh pelanggan Faez, kebanyakan mengucapkan terima kasih kerana laman web sudah boleh beroperasi semula, minggu depan mungkin dalam satu hari, laman web tidak dapat dibuka semula kerana berpindah ke hosting baru...

Pada petangnya sepatutnya ada dua temu janji, satu di Port Dickson, dan satu lagi di Muar. Memandangkan tempoh perjumpaan serentak, Faez hanya pergi ke Port Dickson sahaja. Kebetulan pula pelanggan di Muar pula sibuk dengan mesyuarat kerana cuti pada hari keesokannya... Nampaknya semakin banyak job yang Faez perolehi selepas ini, InsyaAllah... tercapai la hajat hendak memiliki DSLR secepat mungkin huhuhu...

Dalam hati ni pun ada hajat nak beli komputer yang baik sedikit. Harap-harap semuanya tercapai dengan selamatnya... menjelang tahun baru 2011... biarlah menjadi tahun yang menggembirakan buat Faez...

Wednesday, December 29, 2010

Website Awak Ni Mahal La!!!!!


Haha, Faez selalu terdengar rungutan dan sungutan dari para pelanggan yang menyatakan laman web yang agak mahal. Sebenarnya mahal atau tidak itu bergantung kepada kehendak pelanggan itu sendiri. Faez pernah berjumpa dengan seseorang yang bekerja di salah sebuah jabatan kerajaan. Faez tanya berapa harga web yang dikenakan kepada pihak mereka. RM44,000... Tarik nafas panjang Faez masa itu, ingatkan laman web yang Faez sediakan lagi mahal... tapi ada yang lagi mahal... Faez belek satu persatu muka surat laman webnya, kalau ikutkan harga Faez dalam 2 3 ribu sahaja. Jadi kenapa mahal faham-faham sendiri lah huhu...

Pernah sekali Faez dimarahi pelanggan kerana harga yang terlalu tinggi katanya. Dia boleh dapatkan harga RM350 berbanding dengan harga yang Faez berikan iaitu RM850. Tapi Faez tak kisah dengan semua itu, Faez ceritakan kepada pelanggan Faez berkenaan harga web yang diberikan walaupun tidak dipersetujuinya. Dia tidak berminat, lalu terus menempah laman web dengan pereka laman web yang meletakkan harga rendah tersebut. Malangnya, web yang bernilai RM350 itu ialah web DIY (Do It Yourself). Oleh kerana dia tidak punyai kepakaran, dia meminta pada webdesigner tersebut untuk menyelenggara keseluruhan laman web nya. Keseluruhan harga dan kos yang dikenakan ialah RM1600. Harga standard laman web. Jadi dia rujuk kembali kepada Faez dan berceritakan rasa kesalnya terhadap servis web provider tersebut. Faez pun ceritakanlah harga yang dia dapat ialah harga piawaian yang sesuai untuk pelanggan. Tapi jangan sedih, dan kecewa, sebaliknya buatlah pilihan yang baik...

Sebenarnya kepada pelanggan semua, semakin banyak maklumat yang ditambah dan diletakkan di dalam laman web, kos akan meningkat. Begitu juga dengan keperluan web. Apa komponen yang diperlukan oleh pelanggan. Ada komponen percuma, dan ada juga berbayar, ada yang murah dan ada yang sampai ribuan ringgit harganya. Begitu juga dengan servis yang disediakan kepada pelanggan. Servis dari pintu ke pintu, mengambil foto, konsultansi, tunjuk ajar, selenggara dan pelbagai lagi.

Tapi jangan risau, mahal bukan berpanjangan. Ini kerana harga pada permulaannya. Apabila pelanggan renew tahun depan, harga bukan seperti permulaan. Biasanya rendah. Harganya bergantung kepada berapa besar hosting dan juga domain yang anda pakai. Simple sahaja. Kalau harga yang Faez berikan dalam lingkungan RM150 hingga RM700. Biasanya kalau laman web pelanggan Faez akan ambil dalam RM150 tetapi kalau domain .com.my atau .my, harganya memang berbeza.

So, Faez harap semua faham dengan penjelasan Faez kenapa web mahal atau murah... jadi kalau berminat nak buat website, boleh tanya Faez...

Beza Jenis Website?


Ok, di sini faez just nak kongsikan apa jenisan laman web yang digunakan pada masa kini. Segalanya berdasarkan pada kajian Faez dan pengalaman sepanjang menjadi web designer..

1. HTML
  • Web sebegini ialah basic web dan sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang rendah.
  • Web di design mengikut kepada kehendak pengguna dan mudah untuk kepada designer membina lakaran dengan menggunakan perisian untuk designer seperti Photoshop.
  • Web ini juga statik dan sukar untuk di 'update'. Masalah kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan membina laman web yang web developer/designer berpindah atau tidak ada lagi dalam perniagaan. Ini kerana laman web ini jika ingin diupdate, perlu mengubah design secara total. Jadi agak leceh untuk diupdate lebih-lebih lagi jika tidak ada fail asalnya.
  • Perlu tahu serba sedikit bahasa aturcara atau Coding.
  • Sukar untuk dikesan oleh SE seperti Yahoo, Google, MSN
2. PHP
  • Laman ini ialah laman web interaktif dan hidup serta sesuai untuk pemilik yang memiliki bajet yang agak besar.
  • Laman web ini diuruskan berdasarkan kepada data base yang diletakkan pada server.
  • Senang diselenggara dan di'update' memandangkan kemudahan yang dibina oleh web developer. Sistem dalaman lebih interaktif dan mudah untuk diguna oleh sesiapa pun walaupun tidak mempunyai kemahiran komputer yang tinggi.
  • Web ini juga agak mahal kerana ianya terdiri dari komponen, modul, extension yang adakalanya mahal bergantung kepada kehendak pengguna. Contohnya Hotel reservation. Sistem untuk pembinaan reservation memang mahal. Ini merupakan komponen berbayar yang dengan sendirinya meningkatkan kos pembinaan laman web. Begitu juga dengan komponen lain seperti galeri fotografi, sistem networking dan sebagainya.
  • Boleh memenuhi hampir 100% kehendak pengguna. Pengguna boleh meletakkan hampir apa sahaja komponen dalam laman web mereka seperti sistem pengiklanan, direktori, galeri, forum, dan pelbagai lagi.
  • Mudah dikesan oleh Search Engine jika pandai menggunakannya. Ianya juga bergantung kepada enjin laman web tersebut. Contohnya Joomla, Drupal dan Wordpress.

3. Flash Website
  • Sesuai bagi penggemar-penggemar laman web yang berunsur animasi.
  • Sukar untuk di'update' kerana segalanya perlu diubah bergantung kepada fail yang dibina menggunakan perisian seperti Adobe Flash dan pelbagai perisian lain.
  • Pengguna boleh design mengikut citarasa masing-masing. Tapi perlu diingatkan, kos untuk sesebuah animasi bergerak memerlukan kepakaran dan kos yang tinggi. Jadi laman web seperti ini mempunyai harga yang tidak tetap bergantung kepada kehendak pelanggan.
  • Sukar dikesan oleh Search Engine, ini kerana, Search Engine akan membaca Meta data dari laman web. Bagi laman seperti ini, jika ianya terdiri separa animasi, Search Engine masih boleh mencarinya, namun jika sepenuhnya animasi, keadaannya agak sukar untuk carian. Ini kerana animasi itu tidak menyediakan Meta Data seperti mana yang disediakan oleh kebanyakan laman web.

Ok Faez rasa ini penerangan yang ringkas, jika ada sebarang pertanyaan, boleh diajukan pada Faez... Insya Allah Faez akan menjawabnya berdasarkan pada pengalaman yang Faez ada.

DSLR pilihanku....


Sekarang Alhamdulillah kerja dah mula bertambah... keprluan rasanya untuk memiliki sebuah kamera dslr... dah berapa kali survey dan skang ni rasa Faez dah ada pilihan... dah cuba beberapa kali dan jawapannya masih kepada Sony Alpha... nak beli yang bajet dulu, selepas dari ini, Faez nak cebutkan dalam bidang fotografi profesional...

Ni target awal tahun depan, dah berjaya memiliki DSLR, pastu nak develop webserver kalau ada rezeki esok hari... walau bagaimanapun kena ada azam untuk memiliki, dan apabila sudah memiliki, mesti ada azam mendalami apa yang kita miliki... barulah hidup ini ada terasa nikmatnya...

Malam Penentuan



Faez amat berbangga dengan skuad Negara yang mana berjuang habis-habisan untuk mendapatkan tempat di dalam piala AFF Suzuki... memang power... apa yang penting usaha yang dijalankan... menampakkan hasil... bawah pimpinan menteri Belia Dan Sukan... memang kebanyakan skuad sukan di dalam negara bersemangat menentang dan memberikan yang terbaik... berbeza permainan yang dibawa kali ini, nampak semakin profesional... biar sampai taraf di Euro...

Kalau dahulu kita lihat skuad kita skuad belasahan tapi kini lain bentuk momentum perubahan semangatnya... harap segalanya dapat menjanjikan kepuasan pada malam ini... Standby Indon!!! Tambah lagi 3 kosong!!!

Tuesday, December 28, 2010

Harap semuanya selesai....

Hari ni Faez rasa agak lega bila dah dapat contact balik pwmilik Netsys Webstudio... InsyaAllah petang ni ok balik... mudah2an la... tahun depan plak Faez mungkin sibuk dengan laman web bawah kerajaan negeri Johor... so skang ni memang banyak ruang masa sebab semua projek dah siap sepenuhnya...

Baru2 ni Faez try minta taraf MSC Status dari MSC... lambat prosedurnya... ingat nak buat lesen kewangan untuk laman web, tapi tak dapat la jawabnya... buat yang lain terlebih dahulu... Faez nak capai target Faez untuk sukses... dalam impian ni Faez gambarkan bila dah berumur 40 an Faez nak merasai apa yang Faez usahakan skang ni... mudah2an berjaya la hendaknya....

Monday, December 27, 2010

Kartun!!! I Like


Dahulu Faez selalu menggambarkan apabila dah dewasa kelak, nak jadi pelukis kartun... tapi nampak gayanya Faez memang berjaya menjadi pelukis potret sahaja tapi xlama sehingga Faez masuk ke UTM... terus semua bakat Faez disimpan... xdigunakan kembali... sesekali Faez cuba melukis... maintain macam dulu... mungkin dah bakat namanya...

Sekarang ni Faez lebih kepada membaca komik orang sahaja... nak melukis pun xde masa... mungkin dah berumur 50 an esok Faez nak mulakan apa bakat Faez ni balik (kalau sampai la umur camtu huhuhu)... Skang ni layan citer Naruto... Fairy Tail... yang lelain xnak layan... nanti serabut plak otak ni... maklum la banyak kerja yang nak dibuat... jadi memacam la imaginasi Faez...

Imaginasi ni memang xterbatas... dan imaginasi ini juga memang menarik... sebab olahan minda kita sendiri...... haha setakat itu sahajalah... nanti kita share lagi!!

Sesama Melayu


Faez asal dari bangsa Melayu... banyak betul tanggapan negatif bila org Melayu buat perniagaan sukar dipercayai contohnya... tidak ada komitmen... main-main... buat separuh jalan... tapi Faez nak ubah semua itu... kalo boleh xnak lagi perkara sebegini berlaku... nak jadi yang terbaik... tapi masalahnya bila Faez berurusan dengan orang Melayu acap kali terkena camni... kita komited... tapi orang yang berurusan pula xkomited... pedihnya hati ini bila berlaku camtu... kepada company yang kononnya hebat perkhidmatannya yang dipanggil NEtsys Webstudio... perkhidmatan anda memang tidak boleh diperbaiki lagi... mungkin owner dia dah mati kot... sebab tu call xberjawab... msg xberbalas... sakit betul hati ini... bukan sekali dua camni tapi dah banyak kali... Melayu Melayu... Oh bangsaku...

Merancang Dan Terus Merancang


Kadang kala... kalau perkara yang kita hajati... kita akan usaha untuk mendapatkannya... dan bila ada usaha mesti ada perancangan... tapi kalau boleh minimakan perancangan anda dengan membabitkan orang lain... sebab apa... menurut pengalaman Faez, kalau babitkan ramai orang, xsemua orang akan sama cita-citanya... lebih-lebih lagi bukan untuk kepentingan mereka... akhirnya mereka xdapat nak penuhi apa yang kita hajati dan kita pun tak dapat apa yang kita nak... kesudahnya melopong la... kalo kita sorang la... kalo beramai... melopong berjemaah la jawabnya...

Sekarang ni Faez nak usahakan melepaskan diri dan keluarga dahulu... memandangkan bukan senang untuk menempuh hidup ini... xmacam dahulu... apa-apa pun dalam perancangan Faez... hujung tahun depan mesti dah ada office dan kerani... target Faez untuk berjaya dalam perancangan bukan merancang untuk berjaya... huhu...

Ok itu sahaja coretan buat masa ini....

Wallahualam


Saturday, December 25, 2010

Nilai Seekor Lembu & Manusia = Sama Nilai

Kelakar bukan, peristiwa mengenai pengalaman melanggar lembu, kerbau, kambing, bebiri dan pelbagai lagi... tapi sedih jika mendengar... ada orang mati kerana melanggar lembu... sadis-sadis...

Sebulan lepas, ada kes kemalangan sebegini, pada siapa kita nak mengadu? tuan punya lembu? mahukah dia mengaku itu lembu kepunyaan dia? ternakan terbiar ini diibaratkan seperti perangai tuannya... jadi tuan dia macam lembu dan lembu macam tuan... agaknya berapalah nilai nyawa manusia dengan seekor lembu... sama sahaja di sisi undang-undang... belum pernah Faez dengar ada enakmen dibuat di bumi bertuah ini, Negeri Sembilan...

Faez ajukan terus ke facebook YAB. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan dan berharap ada 'respond' yang baik... maklumlah, Faez memang berjalan ke merata tempat untuk berjumpa dengan pelanggan... Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur... rata-ratanya Negeri Sembilan merupakan medan khas untuk ternakan terbiar kelas 'Pertama'. Menarik bukan? di Johol boleh didapati kerbau dan lembu bersepah-sepah... di Tampin pula kambing dan lembu... begitu juga di Kuala Pilah, Rembau dan banyak tempat lagi... di mana letaknya lembu itu? di atas jalan... kerana nak cari kawasan berhaba di kala dingin...

Salah siapa ya? Tuan lembu? pemimpin? atau lembu itu sendiri... kasihan bila jawatan 'khalifah' ini disalahgunakan... kasihan lembu... dan orang yang tidak bersalah... Nilai lembu... RM1800 - RM2500... sama dengan manusia... kerosakan kenderaan silap-silap lebih dari nilai itu...

harap ada tindakan tegas terhadap penternak... bukan apa... disiplinkan diri sedikit... awak yolah tibo malam yo borkoruh... eseh ni bilo tibo malam baru nak balik ko rumah... kono ado kobau kek ataih jalan bukan boleh dibezokan ngan jalan... samo eh golap eh... terlanggar kang awak masih berkoruh laie... eseh plak yang parah... pohal ni jang huhuhu....

Apa itu budi bahasa?

Indah dunia ni jikalau hidup dalam rukun dan tertibdan diselami budi bahasa... itulah indahnya budaya yang tercipta sekian lama di Malaysia... budi bahasa melangkau kepada semua bentuk kebudayaan dan semua jenis kaum tidak kira Melayu, India, Cina, Iban, Singh, dan pelbagai lagi... tapi di sini Faez nak tekankan berkenaan dengan perilaku seorang pemandu India yang memandu Frontier atau Hilux tak silap Faez NCL 7656... seminggu kebelakangan ni, kaki kiri ni memang sakit dan berjaan dalam keadaan tidak normal seperti biasa... berjalan pun tempang lagi pula nak berlari... memang terhad dan terbatas pergerakan ini...

Faez pergi ke Maybank untuk clearkan cek untuk dapatkan tunai hari Jumaat kelmarin... di pekan Bahau yang agak sibuk ni dan kaki yang terhad pergerakannya... memang mencabar... dalam keadaan ini barulah kita dapat menjiwai bagaimana perasaan orang yang tidak berdaya melintas jalan... jadi, melintaslah Faez dalam keadaan terhinjut-hinjut ini... cuma yang agak terkilan dengan sikap pemandu India ini, di mana dia sudah tahu Faez melintas jalan bukan dalam kadar normal... dari jauh lagi dia menekan minyak dan terus meluru kenderaannya ke arah Faez... agak biadap caranya itu hingga kenderaannya menyentuh sedikit kaki Faez...

Tak sakit, memang tak sakit kaki ini, tapi berumbi di hati ni sakit dan geram... pemandu berkenaan buat-buat tak tahu je... terus berlalu pergi tanpa minta maaf dan dengan gaya biadab dia memandang Faez... perangai semacam 'barbarian'... rasanya tak layak untuk tinggal di tanah air tercinta ini... bukan niat untuk berdendam atau apa cuma rasa luahan di hati... bila Faez berkongsi cerita ini dengan kawan-kawan, komen utamanya ialah masalah bangsa... tapi buat Faez itu bukan masalah utamanya, masalah sebenarnya diri sendiri... bak kata orang, kerana nila setitik rosak susu sebelanga... kalau boleh jagalah nilai dan identiti bangsa, keluarga dan bermacam lagi... itu je komen Faez...

dah letih menaip di sini... jumpa lagi...

Semalam Di Melaka

Semalam Faez ngn org rumah ke Melaka, balik untuk perjumpaan keluarga... rindu rasanya nak berjumpa dengan keluarga semua... bergurau senda dengan pakcik-pakcik, makcik-makcik, dan sepupu... hilang rasa stress yang dipendam kebelakangan ni... berbincanglah berkenaan dengan perkahwinan Ihsan, rumah pusaka, dan perkara berbangkit yg lain... Menjelang ke pagi sudahnya perbincangan ni, dalam perjalanan balik ke Jempol... sempat gak pergi ke Mc D belasah makanan... maklum la lapar... rosak program diet... tapi xpe, janji hepi... sampai ke rumah baik je time Subuh...

Harap sangat suatu masa nanti dapat lagi dibuat perjumpaan keluarga sebegini, walaupun hanya sekejapan sahaja, tapi terpalit juga sedikit kenangan manis yg semakin lama jarang nak ditemui... lebih-lebih lagi apabila semua dah berkeluarga dan banyak urusan masaing-masing...

Berjumpa lagi semua!!!

Friday, December 24, 2010

Pilihan & Kegemaran Ku .... HITAm

Ramai yang mempunyai minat terhadap warna... ada yang minat warna merah jambu... hijau dan memacam lagi... tapi untuk Faez... hitam adalah warna pilihan... kenapa hitam... kerana ianya mematikan warna yang lain... dominan dan penuh rahsia... tapi itu ikut pandangan Faez la... setiap orang ada dia punya tanggapan... jadi macam tu la ngan Faez... xpe asalkan bahagia adios!!!

Maaf kepada pelanggan semua.. maaf sangat2

Faez di sini memang nak minta maaf banyak-banyak memandangkan ada beberapa laman web pelanggan Faez tidak dapat dibuka seperti biasa. Ini memandangkan Faez telah membeli hosting dari sebuah syarikat Netsys Webstudio. Masalahnya apabila server down, pemilik Netsys Webstudio yang bernama Azizul Yusof ini tidak menghiraukan sebarang telefon dari Faez. Telefon je dia letak... call sekali lagi dia off... xfaham la kenapa ada peniaga orang Melayu yang bekerja macam ni... tapi kepada pelanggan sekalian, Faez akan cuba ikhtiarkan agar perkara ini tidak akan terjadi lagi untuk tahun hadapan... Sebelum ini pelanggan-pelanggan Faez di akaun hosting yang lain semuanya tidak ada masalah... tapi ngan orang 'Melayu' ni bermasalah betul... bukan nak memburukkan bangsa sendiri tapi dia yang bertindak memburukkan anak bangsanya sendiri... parah hidup Faez skang ni...

Harap kepada pelanggan semua agar tidak ada hilang kepercayaan kepada Faez... Jika masalah ini berterusan hingga ke 10 Januari tahun depan ni, Faez akan membina kembali laman web semua pelanggan dengan percuma...

Maaf sangat2

Selamat Datang & Terima Kasih

Assalamualaikum...

Dah lama x berblogging skang ni baru la ada ruang waktu untuk semua tu. Tujuan Faez membuka blogspot ini adalah untuk menulis apa yang terpendam, dilihat, dan juga komen pada apa yang berlaku di sekeliling. Sekarang ini Faez lebih suka memberi kritikan membina untuk kebaikan kita bersama.

Dahulu tinggal di Johor dan sekarang ini mula tinggal di Negeri Sembilan... jauh berjalan luas pemandangan... banyak perkara yang dipelajari dari sebuah kehidupan yang mencabar kepada lebih mencabar kendirinya. Sekarang ini perjalanan hidup ini diatur dengan tertib dan harap dapat menjadi seorang usahawan berjaya InsyaAllah...

Itu sahaja sekilas maklumat dari Faez untuk kawan2 semua... TrimasSSS