Hari ini Faez pulang ke kampung bersama keluarga membersihkan rumah peninggalam atuk yang berada di Lakai... penat... memang penat... mengemas, memerun pokok, dan pelbagai lagi... hari ini tidak menceriakan dan juga tidak menyedihkan... sedang-sedang sahaja... cuma yang agak tidak bestnya bila org rumah Faez dapat panggilan telefon bodoh dari seorang YB (Yang Bingai @ Yang Bangang)
Peranan seorang YB ialah menyelesaikan masalah rakyat dengan caranya tersendiri... namun bagi YB Jeram Padang ini sebenarnya cetek dalam ilmu mengawal kendiri... Kalau xmampu mengawal dan menyelesaikan masalah rakyat rasanya tak perlu memegang jawatan sebagai YB.... YB ialah manusia yang perlu menjadi pendengar yang baik dan pengulas yang berhemah... tapi bagi YB Jeram Padang ini mungkin didikan agamanya kurang cukup diadaptasikan dalam diri dan dalam masa yang sama dia bukan seorang pendengar yang baik... telinga sebelahnya dipekakkan... semulajadi atau dibuat-buat...
YB ingatlah... kamu akan bersilih ganti... karier kamu belum tentu bertahan lama jika sikapmu dengan haiwan agak sukar dibezakan... belajarlah bahasa Malaysia ini dengan baik... kalau dahulu masih 'bodoh' dengan Bahasa Melayu.... pergilah ambil tuisyen atau kelas tambahan... jangan angkuh dan sombong dengan penjawat awam... sesungguhnya kebodohanmu itu membuka pekung barisan kepimpinanmu sendiri...
Hari ini belajarlah dari kesilapan... dan harap kesilapan bodoh ini tidak diulang sebanyak mana yang kamu lakukan... sekarang ini YB Jeram Padang... rakyat semakin pandai, bukan semakin bingai, teknologi dah boleh membuka pekung di dada YB... jika YB masih ditenggelami kebodohan seabad... maka tenggelamlah YB bersama-sama labu-labunya....
Satu lagi perkara yang Faez rasa perlu dibuat oleh pihak kerajaan kita yang inginkan sebuah perkataan 'demokrasi' ini diadaptasikan dalam misi ialah membentuk sebuah badan yang membela penjawat awam dari langau-langau 'tahi' yang sering membuat aduan yang tidak munasabah... pada pandangan Faez, jika berlaku perkara sebegini... sekurang-kurangnya pengadu tidaklah menjadi penipu 'bangsat' yang cuba mengugut 'penjawat awam' dan dalam masa yang sama menganggu perjalanan tanggungjawabnya...
Maaf jika bahasa yang Faez gunakan agak kesat, tetapi ini khas ditujukan pada langau-langau hitam yang sering menghurung tahi... dan merebakkan segalanya merata-rata tempat... kadang kala Faez lihat keadaan yang berlaku ini dan rasanya sudah tiba masanya kita ubah lebam-lebam dalam politik ini dengan ubat-ubatan tradisional yang berkesan menghilangkan tanda... Politik itu kotor... Faez tahu sangat-sangat... Kill or to be kill... itu medan politik... tema yang bermain dalam jatuh bangun politikus... tapi ingat... silap langkahmu rosaklah sebelanga susumu...
Malas Faez hendak berceloteh panjang... cuma kasihan... kepada kumpulan politik yang kejap kuat kejap tidak ini... Letaklah barisan kepimpinan yang ingin menjadi wakil rakyat ini di kalangan orang yang bijak, ada kelulusan tinggi dan berhemah serta beradab sopan... Jangan letakkan lembu yang pandai memakai baju kehadapan untuk memimpin manusia... bila ditunjuk tali habis panik sekampung...
Jadi sedar ya wahai pihak bertanggung jawab

No comments:
Post a Comment