Tuesday, July 10, 2012

Sunday, May 6, 2012

Joomla 2.5

Assalamualaikum,


mulai pada bulan ini semua web baru cms yg menggunakan joomla akan diselaraskan menggunakan joomla 2.5, jadi kepada semua pelanggan baru, yang ingin menyelenggara web sendiri, boleh belajar melalui saya :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 18, 2012

Sambung Kembali...

Sudah lama rasanya ditinggalkan blog ini atas faktor masa dan faktor kesibukan yang memang tidak dapat dielakkan.

Alhamdulillah kini dapat Faez berblog kembali, kalau dahulunya masa masih banyak untuk diluangkan tapi kini kelapangan itu diisi sedikit untuk masa bersama anak yang tercinta... Irdina Nur Azizah...

Kita tinggalkan kisah di atas...

Kini Faez sedang pelajari teknik untuk SEO dalam website agar carian dalam web mampu mencapai ranking yang dikehendaki... harap segalanya akan berjalan dengan lancar.... apa-apa pun nanti Faez akan updatekan berkenaan dengan SEO ni...

Wallahualam

Monday, March 14, 2011

Sehari Di Simpang Durian






Alhamdulillah... dah lama Faez berhajat nak memiliki kamera DSLR... sebelum ni nak beli Sony... SLT A55 tapi xde stok... jadi nikon d3100 pilihan seterusnya. Baru dapat beberapa hari, dah cuba memacam... so inilah kualiti gambar yang dah resize kecilkan... kualiti tidak mengecewakan...


Sunday, February 27, 2011

Lama Tidak Menyinggah

Rasa hampir sebulan Faez tidak dapat meluangkan masa dengan blog Faez sendiri. Bz, Sibuk dan Bz... apa yang Faez buat sekarang ini ialah menyiapkan laman web pelanggan yang semakin ramai... Alhamdulillah promosi kali ni agak berjaya menarik ramai pelanggan... Untuk bulan hadapan Faez akan buat yang terbaik untuk pelanggan Faez dan dalam masa yang sama Faez bercadang untuk membina sebuah laman web khas yang berunsurkan direktori untuk semua peniaga di Negeri Sembilan... Semoga berjaya!!! doakan Faez

Tuesday, January 11, 2011

Gatal!!!

Beberapa hari Faez agak sibuk dengan kerja Faez. Memandangkan sekarang ini projek berat-berat, tumpuan Faez kepada internet agak kurang. Faez rasa macam hendak sambung belajar ke sekarang ini. Sekarang ini, minat Faez tertumpu kepada sistem 'programming'. Rasanya kalau ada kelebihan di sini, Faez ingin memperluaskan lagi ilmu dalam perkomputeran. Faez harap dengan ilmu yang terbaru ini, akan mendatangkan lagi banyak 'income' yang Faez akan dapat. Bukan income duit malah kemahiran. InsyaAllah berjaya harapnya.

Semalam beberapa pelanggan Faez meminta sebut harga dari Faez. Tapi sayangnya, semuanya berada di lokasi yang agak jauh. Johor Bahru, Perak dan Perlis. Cuma apa yang Faez tekankan di sini, kepada pelanggan semua, kita boleh berkomunikasi secara online dan dalam masa yang sama kena dan perlu ada kepercayaan antara pelanggan dan juga Faez. Tapi jikalau tidak keberatan, boleh hubungi Faez dan kita setkan temu janji di secara online dan kita dapatkan kata sepakat berkenaan dengan web yang diingini.

Apa-apapun itu sahaja nukilan yang Faez hendak coretkan... masih 'blur' dan kesuntukan idea

Saturday, January 8, 2011

Satu Langkah Lebih Maju

Semalam Faez agak sibuk sedikit. Mencari minyak dan masih belum jumpa-jumpa. Baru sahaja jejak ke Tesco, muka kusam pekerja Tesco memberitahu, minyak sudah habis. Entahlah, mungkin minyak ini senasib dengan gula esok nanti. Memandangkan kerajaan agak sukar menetapkan pendirian dalam penentuan harga. Kalau naikpun, semuanya secara senyap-senyap. Beban untuk rakyat ditambah hari demi hari. bermakna rakyat didahulukan kini hanya omongan kosong sahaja. Tapi hendak buat macam mana. Kita sepakat memilihnya. Baguslah begitu. Kita pilih kita yang tanggung. Cuma buat masa ini Faez malas berceloteh berkenaan politik busuk hari ini.

Sekarang ini Faez pun sudah nampak peluang baru yang perlu Faez rebutkan. Bukan sedikit, tapi banyak. Faez sudah lihat peluang ini lama sudah memandangkan kini berada di depan mata. Faez genggam sepenuhnya. Di Jempol ini, ternakan menjangkau sehingga 15 ribu ekor dan mungkin lebih. Jika banyak bilangan ternakan tentu sekali peluang berkenaan dengan industri. Jadi apa yang Faez lihat ialah makanan ternakan. Namun agak menyedihkan ialah modal yang memang tidak mencukupi. Tapi, baru-baru ini, Faez mencadangkan kepada koperasi di sini memandangkan Koperasi punyai modal yang agak besar.

Mungkin minggu hadapan, Faez akan cuba mulakan cari 'market' dan kajian untuk perniagaan ini. Jikalau berjaya, maka Faez akan punyai pendapatan dari sumber ini. Selain itu peluang seperti membina laman web pun semakin bertambah. Di Johor, Melaka, dan kemungkinan jika ada rezeki, Faez kena binakan sebuah 'reservation' khas untuk sistem hotel menggunakan php.

Kalau menjadi, Faez nak usahakan sampai berjaya.....