Faez di sini memang nak minta maaf banyak-banyak memandangkan ada beberapa laman web pelanggan Faez tidak dapat dibuka seperti biasa. Ini memandangkan Faez telah membeli hosting dari sebuah syarikat Netsys Webstudio. Masalahnya apabila server down, pemilik
Netsys Webstudio yang bernama
Azizul Yusof ini tidak menghiraukan sebarang telefon dari Faez. Telefon je dia letak... call sekali lagi dia off... xfaham la kenapa ada peniaga orang Melayu yang bekerja macam ni... tapi kepada pelanggan sekalian, Faez akan cuba ikhtiarkan agar perkara ini tidak akan terjadi lagi untuk tahun hadapan... Sebelum ini pelanggan-pelanggan Faez di akaun hosting yang lain semuanya tidak ada masalah... tapi ngan orang 'Melayu' ni bermasalah betul... bukan nak memburukkan bangsa sendiri tapi dia yang bertindak memburukkan anak bangsanya sendiri... parah hidup Faez skang ni...
Harap kepada pelanggan semua agar tidak ada hilang kepercayaan kepada Faez... Jika masalah ini berterusan hingga ke 10 Januari tahun depan ni, Faez akan membina kembali laman web semua pelanggan dengan percuma...
Maaf sangat2
No comments:
Post a Comment